Wednesday, December 10, 2014

Makanan yang tidak sesuai untuk si bulus.


Mungkin ada yang sudah tau ni tapi aku share juga la. Manatau ada yang belum tau kan. Kalau di rumah ada memeng @ bulus @nyanyau atau yang sewaktu dengannya, korang wajib baca ni. 

Elakkan bagi makan benda-benda ni. 

1. Tuna @ Ikan Tongkol.



Ikan tuna tidak mengandungi nutrisi dan zat yang diperlukan oleh kucing, tidak sesuai pada sicomel malah boleh menyebabkan keracunan merkuri (mercury poisoning) jika diberi secara berlebihan.

2. Bawang dan daun bawang.



Bawang dan daun bawang boleh menyebabkan kurang sel darah merah, anemia, keracunan dan masalah 'gastrointestinal upset'

3. Susu dan produk tenusu. 


Menghidangkan susu dan keju kepada kucing dewasa boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman kerana kebanyakan kucing dewasa tidak boleh menghadamkan susu dan akan menyebabkan cirit-birit.

4. Alkohol - ada yang hilang akal mau bagi kucing? Masap nanti. 



Keburukan alkohol sama seperti kesannya pada manusia dan boleh menjejaskan hati dan otak. 2 sudu alkohol boleh menyebabkan seekor kucing yang seberat 2kg mengalami koma. Dan sesudu lagi boleh membunuhnya!

5. Anggur dan kismis. 



Anggur dan kismis merupakan makanan ringan kegemaran arnab, hamster, dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Tetapi jika diberikan kepada kucing, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membunuhnya.

6. Kafein. 




Pemberian kafein boleh memudaratkan dan kesannya tidak dapat diubati. Antara simptom-simptom keracunan ialah lesu, bernafas dengan laju, kejang otot dan sawan. Kafein bukan saja terdapat dalam minuman seperti teh, kopi dan coklat, tetapi juga terdapat dalam minuman tenaga seperti Red Bull. Selain itu, kafein terdapat dalam ubat selsema untuk manusia dan ubat tahan sakit (painkiller) manusia.
7. Coklat.

Coklat boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda keracunan sama seperti keracunan lain, iaitu degupan jantung tidak stabil, kejang otot, dan sawan.

Akan bersambung di masa akan datang. Maseh. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...