Hari ni kita sambung lagi apa yang boleh dan tidak kucing anda makan.
1. Gula-gula dan manisan.
Sedapkan? Tapi bahaya ni untuk nyanyaw.
Gula-gula, gula getah, ubat gigi, dan apa saja manisan yang mengandungi xylitol boleh mengakibatkan peningkatan insulin dalam badan kucing anda, dan menyebabkan paras gula dalam badan merosot. Xylitol boleh mengakibatkan kegagalan hati. Tanda keracunan ialah muntah, lesu, hilang keseimbangan badan, sawan dan kegagalan hati.
2. Lemak dan tulang haiwan.
Lemak dan tulang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit. Selain itu, tulang boleh menyebabkan masalah tercekik dan mencederakan sistem penghadaman kucing.
3. Telur mentah.
Telur mentah mengandungi bakteria seperti salmonella dan E.coli. Protein dalam telur putih yang mentah yang dipanggil avidin menghalang penyerapan vitamin B biotin dan akan menyebabkan keguguran bulu, dan masalah kulit pada kucing.
4. Daging dan ikan mentah.
Seperti telur mentah, daging dan ikan mentah boleh mengandungi bakteria penyebab keracunan. Enzim dalam ikan mentah boleh menghapuskan thiamine, iaitu penyumbang vitamin B untuk kucing anda. Kekurangan thiamine boleh menyebabkan kerosakan otak dan koma.
5. Makanan anjing.
Sekali sekala memakan makanan anjing tak mengapa. tetapi perlu diingatkan makanan anjing tidak direka khas untuk keperluan kucing anda dan isi kandungan kedua-dua makanan ini adalah berbeza. Makanan kucing mengandungi lebih banyak protein, vitamin dan fatty acids. Pemberian makanan anjing secara berterusan menyebabkan kucing anda kekurangan zat dan nutrisi.
6. Hati ayam.
Kuantiti yang kecil tidak mengapa. Tetapi jika berlebihan akan menyebabkan keracunan vitamin A. Keadaan ini boleh menjejaskan tulang kucing anda. Tumbesaran tulang akan terbantut dan kucing akan mengidapi osteoporosis. Keracunan vitamin A juga boleh membawa maut.
7. Yis dan ragi roti.
Kegunaan yis/ragi adalah sebagai penaik roti/kek. Sekiranya di makan oleh kucing, perut kucing anda akan membengkak dari dalam dan menyebabkan kesakitan. Yis/ragi juga boleh menyebabkan keracunan alkohol pada kucing.
8. Ubat-ubatan manusia.
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik kucing ialah memberi makan ubat-ubatan manusia kepada kucing mereka yang sakit. Jangan memberi ubat yang diberi dari farmasi kecuali telah mendapat pengesahan dari doktor. Ubatan seperti paracetamol, acetaminophen dan ibuprofen boleh menyebabkan kematian pada kucing.
9. Dapur.
Banyak barangan lain yang biasa ditemui di rak dapur boleh membahayakan kesihatan sicomel anda. Menyimpan barang-barang makanan di mana kucing anda tidak boleh mendapatkan barang-barang dapur tersebut dan hendaklah disimpan dalam almari yang bertutup akan membantu melindungi kucing anda daripada penyakit berkaitan dengan makanan yang serius.










