Monday, October 27, 2014

Oh ular.....oh labah-labah.....


Hari sabtu lepas, aku lepak di rumah sambil layan Real Madrid vs Barcelona( Barca kalah ya kawan-kawan) berlaku satu kejadian yang tak diduga. Sampai ke hari ni aku masih trauma. Selalu terbayang-bayang saja terutamanya time blackout. Hehehe. 

Alkisahnya begini, sabtu lepas aku layan bola di rumah aku dengar bunyi tikus belari setempat. Ah, itu perkara biasa,aku lali sudah. Tiba-tiba seutas "tali" jatuh dari siling. Mulanya aku nda ambil port pun sebab tali kan. Tapi oleh kerana aku nda sedap hati, aku tengok la. Bukan tali yang jatuh rupanya ular. Secara automatiknya aku panik. Dalam kekalutan tu, aku sempat capai ridsect. Hahahahahaha. Mana la tau kan aku spray ular tu mata beliau pedih tapi apakan daya ridsect aku habis. Nasib ular tu lari(ular boleh lari ka?) ke tandas. So aku capai belerang. Pecahkan dan tabur di sekitar tandas. Then aku tabur depan pintu rumah dan akhir sekali laluan ke bilik. Time tu aku berdoa semoga encik ular nda berani dekat, itu yang aku belajar dulu zaman muda-mudi dolu. Masuk peristiwa malam tu, sudah 2 kali ular masuk rumah. Sebelum ni di tandas tapi itu anak la. Lepas aku spray terus hilang. Hahahahaha. 



Sekarang masalah baru timbul pula.  Labah-labah pula jadi pengunjung nda di undang. Malam tadi ada 2 ekor. Mau spray,ridsect sudah habis. Paksa la guna apa yang ada, kayu saja la jawabnya sampai kucing ingat aku mengamuk. Hahahahahaha. 

Kehadiran 2 makhluk ni ditambah lagi bekalan letrik di rumah yang selalu terputus menyebabkan aku rajin tidur dalam kereta. Bila fikir-fikir balik, macam tiada guna aku sewa rumah tu. So aku ambil keputusan untuk merisik rumah sewa lain. Bukan apa, aku fikir soal keselamatan juga, buat nya yang lagi besar datang dan jerut aku time tidur kan susah tu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...