Thursday, October 4, 2018

DIY/Tutorial : Gambar Ukuran Passport.


Aku akan lapor diri di ofis lain so antara keperluan ialah gambar ukuran passport.  Oleh kerana  gambar tu dengan paras rupa aku sekarang tiada beza maka aku guna kan gambar tu. Hahaha.

Eksen kan aku. Print terus 30 keping padahal gunanya 1 keping saja. Hahahaha. Semua aku DIY saja di ofis sebab tujuan asal ialah berjimat. Hahahahaha.

Berbekalkan carian di internet, aku terjumpa tutorial ini. Akan aku ajarkan so teruskan membaca.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Smartphone.
2. Pendrive.
3. Glossy paper.
4. Printer.
5. Gunting.
6. Sedikit kerajinan + ketabahan.

Langkah-langkah.

1. Mula-mula sediakan smartphone. Kalau tiada sah akan gagal ke langkah seterusnya.

2. Kemudian, ambil gambar menggunakan smartphone anda berlatarbelakangkan biru atau putih(untuk urusan lesen di JPJ).

3. Buka aplikasi Photogrid pada smartphone anda. Kalau tiada, boleh ke Playstore dan download di sana. Untuk makluman anda, aplikasi ini percuma saja. Install di hp anda.

4. Pilih gambar yang anda snap tadi dan crop. Pastikan objek iaitu muka dan badan kita penuh 3/4 daripada gambar yang di crop itu. Pilih nisbah 3:4.

5. Rotate gambar tu 90 darjah. Clockwise atau anti-clockwise terpulang. Pilihan anda.

6. Save.

7. Pilih gambar tadi dan klik sebanyak 8 kal dan buat dalam bentuk grid.

8. Pilih nisbah 2:3 untuk gambar tu sebab itu ukuran untuk gambar saiz 4R.

9. Save gambar tu dalam kualiti terbaik di alam semesta.

10. Save dalam pendrive / komputer dan rotate.

11. Cetak gambar tersebut menggunakan glossy paper.

12. Last sekali gunting gambar tersebut.

Selesai.

Tapi jika anda print di kedai, tanya kedai tu berapa owner kedai caj kalau print 4R. Lagi murah lagi bagus lagi jimat.

Contoh la kedai tu caj RM2 untuk print gambar size 4R, minta print 2 keping so dapat la 16 keping gambar ukuran passport. Sebagai rujukan aku sertakan harga gambar ukuran passport kalau buat di kedai. Ni yang paling murah aku tau.

4 keping = RM12
8 keping = RM24
12 keping = RM36

Lain kedai lain caj ya. Jangan assume caj semua kedai sama saja.

Kau sudah jimat berpuluh-puluh ringgit dan jumlah yang dijimatkan tu boleh digunakan untuk tujuan lain. Tahniah.

Sampai rumah cari gunting yang tajam then gunting la gambar tu.

Selamat mencuba.

Kalau ada yang kurang faham boleh email aku alli830508@gmail atau comment di sini.

Neffos c5max ke Honor 7x.


Selepas episod kecurian Samsung ku hari tu, aku beli lah hp lain sebab komunikasi dalam kerja agak susah tanpa whatsapp esp bos la. Dalam mesyuarat boleh push aku beli hp baru. Macam la aku kaya rayakan. Kalau aku kaya, tidak la aku struggle. Hahahahaha. 

Akhirnya aku memilih Neffos C5 max.


Hp ni aku beli tanpa merujuk ke GSM Arena seperti kebiasaan aku. Cuma berpandukan pengamatan dan bajet.  Berbekalkan dengan spec 2GB ram 16gb rom aku kira sudah memadai sebab sasaran awal pembelian cuma aplikasi whatsapp saja. Pada awalnya penggunaan agak memuaskan hati tetapi keadaan berubah selepas beberapa bulan. Ram 2gb 16 rom tidak memadai bagi aku. OTG pun tidak support so tiada la function tu. Paling best security terlalu strict bila mau cas hp ni.  Panas sikit sah gagal la usaha untuk mencas hp tu. Oleh kerana aku ni kaki game, bateri tu macam air saja. Cepat habis. Bila mau habis cas la konon tapi sakit hati saja. Mula-mula tinggal 19%, selang beberapa saat jadi 15%, selang lagi beberapa saat jadi 9%, last sekali off. Hahahaha. Casing pun susah cari oooo sampai aku order di shoppe la. 

Akhirnya selepas menahan sakit hati beberapa bulan, aku memilih Honor 7x. Hp murah dengan spek yang.....boleh la. 


Berbekalkan duit di poket, akhirnya aku menyunting Honor 7X bewarna hitam  di sebuah kedai yang aku rahsiakan( bukan ini saja aku rahsiakan, banyak lagi. Atas sebab apa? Hanya aku yang tahu).

Kenapa Honor 7x? Tengok spec di bawah.  Lagipun bajet tidak seberapa keras. Hahahaha.


Apa yang best hp ni support OTG,ada finger print dan face unlock. Semua ni ada tanpa aku berbelanja mahal. Lagipun aksesori senang cari. Hehehehe. Lagi best kameranya 16mp then ada effect bokeh. Itu kamera belakang, 8mp untuk kamera depan.

Setakat ni baru dekat 2 bulan aku gunakan hp ni dan prestasinya agak memuaskan . Aku masih explore fungsi lain yang ada pada hp ni.

Nanti aku update lagi apa function ada dalam hp ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...