Wednesday, July 11, 2018

Semi Final 1 = Perancis lwn Belgium.


Keputusan perlawanan awal pagi tadi,1-0 hasil jaringan Samuel Umtiti pada minit ke 51. Ini bermakna Perancis akan melayani pemenang perlawanan antara England dan Croatia.  Kesian Belgium biar pun memimpin keseluruhan perlawanan. Huhuhuhu.



Malam ni England vs Croatia pula, lepas tu final antara Perancis dan entah siapa. Kita tunggu dan lihat.

Kuat pula angin di luar. Huhuhuhu.

Tuesday, July 10, 2018

Semi Final 1 World Cup.


Separuh akhir 1 Piala Dunia akan mengambil tempat jam 2.00 pagi nanti(waktu Malaysia). Siapa yang akan meneruskan langkah ke peringkat seterusnya? Kita tunggu dan lihat.

Monday, July 9, 2018

Mari minum air.


Air?
Aku suka minum air sebab orang cakap boleh menurunkan berat badan. Tapi seperkara yang aku nda suka kalau minum air, mesti mau kencing. Selang 15-20 buat lah aku lawatan sambil belajar ke tandas. Hohohoho.

Air boleh menurunkan berta badan? Kalau ikut bacaan aku ya. Harap-harap betul la. Sekarang aku sudah cecah 82kg. Jauh lagi tu mau sampai ke 75kg. Hahahahaha.

Berapa liter air mau minum sehari? Ni aku bagi panduan tapi kalau mau lebih silakan, tiada yang larang. Lagipun nda juga kena tangkap polis tu.


Berat aku 82kg so kenala minum antara 3.5 - 3.7 liter sehari. Senang cerita 4 liter sehari bersamaan 2 1/2 - 3 botol air mineral saiz besar tu. Kalau lebih pun amatlah dialu-alukan.

Oleh itu, selamat minum air. 

Sunday, July 8, 2018

Suku akhir 2 Piala Dunia 2018.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti yang anda sedia maklum, England telah berjaya menumpaskan Sweden dengan jaringan 2-0 sebab perlawanan mereka jam 10.00 malam. Ini bermakna mereka meneruskan langkah ke peringkat separuh akhir. Tapi siapa lawan mereka nanti? Sudah pasti Croatia.

Perlawanan di antara Rusia dan Croatia mengambil pada jam 2.00 pagi walaupun keputusan seri 2-2 tetapi Croatia layak selepas penalty shootout mengambil alih.  Rusia terlebih dahulu menggegar gawang Croatia hasil jaringan Denis Cheryshev pada minit ke 31, sebelum Andrej Kamaric menyamakan kedudukan 8 minit kemudian. Selepas itu jaringan kekal 1-1 sehingga  tamat masa perlawanan dan masa tambahan mengambil alih. Domagoj Vida berjaya meletakkan Croatia dihadapan tetapi Mario Fernandes menyamakan kedudukan hinggalah tiupan wisel terakhir sekaligus mengheret perlawanan ke sepakan penalti. Croatia layak ke separuh akhir untuk bertemu dengan England nanti.


Kuat juga Rusia kali ni. 


Oleh itu, di peringkat separuh akhir nanti Perancis akan bertemu dengan Belgium manakala England akan bertemu dengan Croatia. Siapa yang akan layak ke peringkat akhir? Kita tunggu dan lihat.


Mana-mana yang terlepas aksi awal pagi tadi, boleh tengok video klip di atas. Terima kasih.

Credit to :
www.espn.com
www.youtube.com

Saturday, July 7, 2018

Suku akhir 1 Piala Dunia 2018.

Sedar nda sedar Piala Dunia semakin hampir ke penghujungnya. Temasya yang diadakan setiap 4 tahun kali ini menampilkan banyak kejutan antaranya tumpasnya penyandang juara 2014 iaitu Jerman, Argentina yang balik awal (so Messi boleh duduk rumah dan minum kopi),disusuli Portugal(Ronaldo pun boleh duduk rumah dan minum kopi),kebangkitan Blue Samurai a.k.a Jepun dan banyak lagi. Malam tadi pun ada kejutan di mana Brazil tewas kepada Belgium sekaligus perlawanan di separuh akhir nanti adalah di antara Perancis dan Belgium. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan tersebut.

Suku akhir 6/7/2018

Malam ni jadual perlawanan adalah seperti berikut.


Mampukah Harry Kane mencetak gol sekaligus membawa England ke pentas separuh akhir?
Mampukah tuan rumah a.k.a Rusia meneruskan langkah bergaya dengan menwaskan Croatia.
Kita tunggu dan lihat. Aku akan update keputusan perlawanan dalam blog ni.

Credit to : http://www.espn.com


Friday, July 6, 2018


Lama nda taip apa-apa dalam blog ni sebab aku lama nda log in blog ni. Hahahahaha. Esok aku update la. So siapa yang mau tau keputusan perlawanan Piala Dunia 2018 antara Uruguay vs Perancis dan Belgium vs Brazil tu rajin-rajinkanlah diri melawat blog aku ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...