Thursday, October 4, 2018

Neffos c5max ke Honor 7x.


Selepas episod kecurian Samsung ku hari tu, aku beli lah hp lain sebab komunikasi dalam kerja agak susah tanpa whatsapp esp bos la. Dalam mesyuarat boleh push aku beli hp baru. Macam la aku kaya rayakan. Kalau aku kaya, tidak la aku struggle. Hahahahaha. 

Akhirnya aku memilih Neffos C5 max.


Hp ni aku beli tanpa merujuk ke GSM Arena seperti kebiasaan aku. Cuma berpandukan pengamatan dan bajet.  Berbekalkan dengan spec 2GB ram 16gb rom aku kira sudah memadai sebab sasaran awal pembelian cuma aplikasi whatsapp saja. Pada awalnya penggunaan agak memuaskan hati tetapi keadaan berubah selepas beberapa bulan. Ram 2gb 16 rom tidak memadai bagi aku. OTG pun tidak support so tiada la function tu. Paling best security terlalu strict bila mau cas hp ni.  Panas sikit sah gagal la usaha untuk mencas hp tu. Oleh kerana aku ni kaki game, bateri tu macam air saja. Cepat habis. Bila mau habis cas la konon tapi sakit hati saja. Mula-mula tinggal 19%, selang beberapa saat jadi 15%, selang lagi beberapa saat jadi 9%, last sekali off. Hahahaha. Casing pun susah cari oooo sampai aku order di shoppe la. 

Akhirnya selepas menahan sakit hati beberapa bulan, aku memilih Honor 7x. Hp murah dengan spek yang.....boleh la. 


Berbekalkan duit di poket, akhirnya aku menyunting Honor 7X bewarna hitam  di sebuah kedai yang aku rahsiakan( bukan ini saja aku rahsiakan, banyak lagi. Atas sebab apa? Hanya aku yang tahu).

Kenapa Honor 7x? Tengok spec di bawah.  Lagipun bajet tidak seberapa keras. Hahahaha.


Apa yang best hp ni support OTG,ada finger print dan face unlock. Semua ni ada tanpa aku berbelanja mahal. Lagipun aksesori senang cari. Hehehehe. Lagi best kameranya 16mp then ada effect bokeh. Itu kamera belakang, 8mp untuk kamera depan.

Setakat ni baru dekat 2 bulan aku gunakan hp ni dan prestasinya agak memuaskan . Aku masih explore fungsi lain yang ada pada hp ni.

Nanti aku update lagi apa function ada dalam hp ni. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...