Ini Lenovo S930. Sebelum ni aku guna Lenovo S820 saja. Memandangkan jemari ku yang agak "runcing" maka aku berazam untuk menukar handphone sedia ada. Sulit aku tekan keypad walaupun kamera paling "manang" di kelasnya tapi itu sedikit pun tidak menghalang aku. Maka, misi mencari handphone pun bermula.
Dalam proses merisik, aku ada la merisik beberapa handphone seperti Samsung Tab 4,Asus Padfone 8,Lenovo A889 dan Lenovo S930 ni. Kelemahan yang agak ketara bagi tab ni soal bateri sebab majoriti build in so kalau hang tunggu la sampai habis bateri. Hehehehehehe. Lagi satu, soal aksesori. Mahal dan satu lagi susah dapat. Lain la KK atau kawasan lain,senang mau dapat. Pilihan pun banyak.
Akhirnya, pada tarikh 15/1/2015 aku berjaya memiliki Lenovo S930 dengan harga RM600(aku kerja biasa-biasa saja jadi gaji pun biasa-biasa saja. Sekian, harap maklum). Ekceli banyak lagi fungsi Lenovo S930 ni yang aku belum explore padahal aku bercita-cita untuk maksimumkan penggunaan handphone ni. Selain untuk berhubung dan online,seperkara yang aku perasan handphone ni kamera nya dibelakang so boleh buat dashcam.
Kemarin aku beli phone holder dengan harga RM15.90 tapi malangnya sudah patah since aku nda puas hati. So nanti aku akan cari lagi holder yang sesuai.
Ni perjalanan dari Emporium di Patau-patau ke pusat bandar. Sila abaikan gegaran demi gegaran itu. Sudah namanya dalam percubaan. Lepas ni aku try holder lain lagi. Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment